Bila kita renung-renungkan kembali, kehidupan kita ibarat roda yang sedang berputar.. tapi apa yang kita inginkan adalah roda itu akan sentiasa berputar cuma arahnya sahaja yang kita perlu tentukan.. Samada putaran roda kita itu lebih baik dan makin baik atau sebaliknya.. Aku dilahirkan dari keluarga yang sederhana.. bukan dari keluarga yang terlalu mewah dengan limpahan permata.. bukan juga dari keluarga yang dipenuhi dengan limpahan-limpahan pingat yang dianugerahkan oleh sultan-sultan yg mana secara tidak langsung akan bergelar dato'.. Mereka mampu buat apa sahaja dengat pangkat dan harta kekayaan sehingga mereka lupa yang Allah itu boleh menarik balik semua pemberiaannya.. Jangan sekali-kali kamu lupa untuk bersyukur padanya..
Aku tidak salahkan mereka.. tapi apa yang aku kesalkan dan sedih adalah diri aku.. Putaran Roda aku akan sentiasa berputar dan akan terus berputar setiap detik tetapi malangnya aku biarkan ia berputar tanpa mengikut arah yang sepatutnya.. Kenapa dan Mengapa aku terlalu lalai, leka dengan kehidupan aku..?? Adakah kerana aku jauh dengan Maha Pencipta..?? Adakah kerana aku tidak bersyukur dgn nikmat yang telah diberikan olehnya?? Aku terkaku, sedih, geram, marah dengan diriku sendiri.. Masa Masa Masa.. kenapa dari dahulu lagi aku tidak betul-betul menghayati kata-kata ini.. Sejak dari bangku sekolah lagi aku telah dengar yg "Masa itu seumpama pedang, Sekiranya kita tidak mendahuluinya@ tidak memotongnya.. Masa itu yg kan meninggalkan kita @ akan memotong kita.. "
Ya, Masa memang sangat penting.. Ayuh.. sedarlah wahai diriku dan juga kalian.. Kita yang akan mencorak kehidupan kita sendiri.. jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia sahaja.. Bina lah benteng yang kuat agar ribut taufan yang datang sekali pun tidak akan dapat meruntuhkannya.. Jangan biarkan benteng kita menjadi pasir yang mana bila angin meniup akan berterbangan bagai layang-layang yang terputus talinya.. Tidak kira lah bagi keluarga yang sederhana seperti aku atau keluarga yang lebih miskin dari aku atau keluarga yang jauh lebih kaya dari aku.. Ingat!! Masa memang sangat berharga untuk merubah kehidupan kita walaupun sesaat... Jika kita terlepas sesaat kita akan menyesal selama-lamanya..
Renungkanlah diri kita walaupun seketika.. Adakah cukup dengan kehidupan kita selama ini..?? Sudah sempurnakah..?? Banyakkah amalan kita selama ini untuk dibekalkan nun di akhirat sana..?? Kesihatan yang Alhamdulillah telah cukup sihat kita miliki, Masa, Tubuh Badan yang kuat, Alhamdulillah kita telah miliki semuanya.. adakah kita gunakan dengan sebaik-baiknya...?? Tidak menyesalkah kita jika pada waktu hendak berdiri, berjalan pun tidak mampu, baru mahu mengatur corak kehidupan kita..?? Sudah pasti airmata sahaja yang akan mengalir dan menemani pipi kita ketika itu..
Chiow!!

glitter-graphics.com
Chiow!!
glitter-graphics.com


0 comments:
Post a Comment