ASSALAMUALAIKUM DAN AHLAN WASAHLAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG.

Assalamualaikum w.b.t

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan bulan yg paling mulia dari bulan² yang lain.. Banyak rahsia tersurat, tersirat dan sejarahnya tersendiri pada bulan ini.. Jadi aku ingin memohon seribu kemaafan kepada kalian semua teman² ku.. terutamanya kepada teman rapatku yang aku rasakan banyak dosaku kepadanya, nun jauh kampung di ulu mansurah sana katanya.. Ampunkan daku ya. Nantikan kad raya terbesar dariku...=)

Marilah kita sama² tunaikan kewajiban kita sebagai umat yg mulia, Kita penuhkanlah masa pada bulan ini dengan memperbanyakkan amalan soleh kepadanya.. sudah pasti banyak ganjaran darinya. Moga-moga amalan mulia kita pada bulan ini akan diterima olehnya TUHAN yang sgt merahmati dan mengasihi sekalian umatnya..=)


glitter-graphics.com

Ya, saban hari kita sering mendengar tentang kematian kan.. di sana ada kematian.. di sini ada kematian.. Dalam Televisyen, Surat Khabar, terlalu banyak yang memperkatakan soal K.E.M.A.T.I.A.N.. Pendek kata seolah-olah sudah melekat di telinga dan mata kita tentang kematian kematian dan kematian.. Jangan kita terlalu pelik tentang kematian.. semua manusia atau hambanya yg bernyawa pasti akan M.A.T.I...

Tetapi yang menjadi persoalannya BILA?? Bila kita akan mati...?? Bagaimana cara kita akan mati nanti?? Adakah dalam keadaan beriman?? atau dalam keadaan kita sedang membuat maksiat..?? atau dalam keadaan sedang mengajar?? atau dalam keadaan sedang bermain bola sepak?? atau ketika tidur?? atau ketika dalam keadaan solat?? dan macam-macam lagi andaian tentang kematian kita.. NAUZUBILLAH... aku memohon kepadamu agar jauhkanlah kematianku dlm keadaan aku masih kotor dan jijik di sisimu.. Moga-moga aku akan mati dalam keadaan aku beriman.. AMIN ya Rob..

Jadi, bila ada kematian pasti bekalan pun wajib ada bersama kita.. Bagaimana bekalan kita untuk dibawa bersama?? Sudah yakinkah kita yg semuanya sudah sempurna untuk dibawa bersama-sama kita di alam barzakh sana dan di alam akhirat sana..?? Nah!! Fikirkanlah...

Chiow!!


glitter-graphics.com


Pengorbanan ketua keluarga "Ayah" semenjak kita kecil sampailah kita dewasa sebenarnya sangat perit.. Bekerja siang dan malam.. bertungkus lumus untuk mencari rezeki.. untuk dibawa pulang kepada isteri dan anak-anak di rumah.. Wah..kalau nak dibandingkan memang sangat perit apa yang mereka alami selama ini.. Kita sebagai anak-anak sebaiknya harus memahami..Semaikan di dalam lubuk hati kita keperitan dan pengorbanan yang mereka telah lalui.. Moga-moga menjadi pendorong dan kekuatan pada diri kita untuk terus maju kehadapan dan merubah diri kita..

Itulah ayah.. itulah ibu.. tidak pernah kenal erti letih.. penat.. sakit.. tetap mencari rezeki.. apatah lagi yg terpaksa bekerja di bawah panas terik matahari.. Sedih bila kita dapat melihat dengan mata kita sendiri penat lelah mereka bekerja. selama ini, tapi anak-anak zaman sekarang banyak yang tidak ambil kisah dengan semua ini. Sanggup menghabiskan wang yang diberikan oleh keluarga dengan berfoya-foya, berpeleseran di sana sini.. Tidak pernahkan kita memikirkan semuanya itu?? Semua keperitan dan pengorbanan Ayah dan Ibu kita?? Ayah Ibu sanggup tidak menukar baju raya semata-mata ingin melihat anak-anak berpakaian baru.. Baju yang bertahun-tahun masih lagi digunakan.. Sanggup mengikat perut.. Makan makanan yg tidak mewah-mewah semata-mata untuk kepentingan anak.. Besarkan pengorbanan ayah dan ibu? Ya.memang sangat besar...

Motifnya :: jangan sesekali kamu abaikan ayah dan ibu masing-masing. Gunakan dengan sebaik-baiknya apa sahaja yang telah diberikan oleh mereka kepada kita!! Bantulah mereka kembali apabila kita sudah bekerjaya.. dan pastikan hati mereka puas dan gembira dengan kita..=)

chiow!!


glitter-graphics.com


Bila kita renung-renungkan kembali, kehidupan kita ibarat roda yang sedang berputar.. tapi apa yang kita inginkan adalah roda itu akan sentiasa berputar cuma arahnya sahaja yang kita perlu tentukan.. Samada putaran roda kita itu lebih baik dan makin baik atau sebaliknya.. Aku dilahirkan dari keluarga yang sederhana.. bukan dari keluarga yang terlalu mewah dengan limpahan permata.. bukan juga dari keluarga yang dipenuhi dengan limpahan-limpahan pingat yang dianugerahkan oleh sultan-sultan yg mana secara tidak langsung akan bergelar dato'.. Mereka mampu buat apa sahaja dengat pangkat dan harta kekayaan sehingga mereka lupa yang Allah itu boleh menarik balik semua pemberiaannya.. Jangan sekali-kali kamu lupa untuk bersyukur padanya..

Aku tidak salahkan mereka.. tapi apa yang aku kesalkan dan sedih adalah diri aku.. Putaran Roda aku akan sentiasa berputar dan akan terus berputar setiap detik tetapi malangnya aku biarkan ia berputar tanpa mengikut arah yang sepatutnya.. Kenapa dan Mengapa aku terlalu lalai, leka dengan kehidupan aku..?? Adakah kerana aku jauh dengan Maha Pencipta..?? Adakah kerana aku tidak bersyukur dgn nikmat yang telah diberikan olehnya?? Aku terkaku, sedih, geram, marah dengan diriku sendiri.. Masa Masa Masa.. kenapa dari dahulu lagi aku tidak betul-betul menghayati kata-kata ini.. Sejak dari bangku sekolah lagi aku telah dengar yg "Masa itu seumpama pedang, Sekiranya kita tidak mendahuluinya@ tidak memotongnya.. Masa itu yg kan meninggalkan kita @ akan memotong kita.. "

Ya, Masa memang sangat penting.. Ayuh.. sedarlah wahai diriku dan juga kalian.. Kita yang akan mencorak kehidupan kita sendiri.. jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia sahaja.. Bina lah benteng yang kuat agar ribut taufan yang datang sekali pun tidak akan dapat meruntuhkannya.. Jangan biarkan benteng kita menjadi pasir yang mana bila angin meniup akan berterbangan bagai layang-layang yang terputus talinya.. Tidak kira lah bagi keluarga yang sederhana seperti aku atau keluarga yang lebih miskin dari aku atau keluarga yang jauh lebih kaya dari aku.. Ingat!! Masa memang sangat berharga untuk merubah kehidupan kita walaupun sesaat... Jika kita terlepas sesaat kita akan menyesal selama-lamanya..

Renungkanlah diri kita walaupun seketika.. Adakah cukup dengan kehidupan kita selama ini..?? Sudah sempurnakah..?? Banyakkah amalan kita selama ini untuk dibekalkan nun di akhirat sana..?? Kesihatan yang Alhamdulillah telah cukup sihat kita miliki, Masa, Tubuh Badan yang kuat, Alhamdulillah kita telah miliki semuanya.. adakah kita gunakan dengan sebaik-baiknya...?? Tidak menyesalkah kita jika pada waktu hendak berdiri, berjalan pun tidak mampu, baru mahu mengatur corak kehidupan kita..?? Sudah pasti airmata sahaja yang akan mengalir dan menemani pipi kita ketika itu..

Chiow!!


glitter-graphics.com

Assalamualaikum...

Aku kembali lagi setelah menghilang beberapa minggu... Sebenarnya aku teringin jugak nk update.. tp asal jer masuk nk tulis tak datang pulok idea nii..=) huhu.. Mungkin sbb aku selalu sgt mikirkan pasal exam bln 9 nih kot.. yer la.. Hari demi hari aku tunggu jadul untuk exam bln 9 ni tak jugak kluar² nye.. hadoi la..penat dah den nih nunggu.. tempat lain rasanya dah kluar abis.. Selagi tak kluar jadual selagi tuh la aku tak boleh nk booking tiket balik Malaya.. Kalau dah kluar tuh senang skit nk ejas kan.. Tu lah.. pening².. Mana buku pun tak abis lagi baca.. huhuh.. Kwn² yg menetap sekampung (Tanta) dgn aku kt sini pun dah ada yg balik Malaya.. teman serumah aku pun dah balik 20/8 baru² nih.. 3 ari lepas tu pulak 2 org lagi temanku balik Malaya.. Asyik dok hantar derang jer kat epot..aku ni tak boleh balik² lagi.. adeh..hangin toi.. cepat la skit exam.. haku tak larat tunggu dh nk balik Malaya.. huhuhu

Tp yg pastinya thn ni aku tetap menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yg ke-51 dekat Mesir.. tak bapa best lah.. kalau dekat Malaya kompom ada bunga² api..huhuh.. kat sni nk buat apa.. boleh tengok bendera Malaysia kat blog aku nih je la..haha.. tp tak pa lah jugak kan..ada jugak bendera Malaysia.. haa..korang bila lagi nk letak bendera tuh..?? Semangat kemerdekaan perlu ada jugak kan.. untuk diwarisi oleh jenerasi² bawh kan..ehem ehem so cepat² letak kaih.. kasi gegar skit kali nih walaupun x der bunga api...huhuuh =)

okeh.. chiow!!


glitter-graphics.com

Terlupa pulok satu lagi.. Aku mungkin akan mengilangkan diri buat seketika.. dan kamu semua jgn lah risau dan ragu² ke manakah akan aku pergi ya..ehem.. Sebenarnya aku masih lagi di sini cumanya.. aku terpaksa mengundur diri buat seketika kerna pada saat ini.. bukulah kawan rapatku. Aku wajib kena selalu bersamanya dlm masa sebulan ini.. kena prepair awal² kan.. Tp sekiranya aku ada masa terluang aku akan cuba updatekan blog aku jugak..

Kita pasti akan ketemu lagi.. dan pada teman²ku yg lain.. maafkan aku ya sbb x sempat nk melayan kamu semua seminggu ini dan hari² yg mendatang.. aku harap kamu semua memahami ya..=) jgn lupa doakan aku ya.. Selamat Merinduiku...=) chiow!!


glitter-graphics.com

Bismillahirrohmanirrohim~~~

Assalamualaikum w.t.b

Agak lama rasanya aku tidak mengupdate kan!!.. Maafku pinta kepada semua teman²ku dan juga kepada sesiapa sahaja yg menjengah masuk ke pondok usangku ini tetapi tiada entry yg baru... Sebenarnya minggu ini memang minggu yg kucar kacir+malas+takut+resah+gelisah+sibuk dan sewaktu dengannya bg diriku insan yg lemah ini.. Nah..sudah pasti insan yg lemah seperti ku dan juga kalian akan turut merasai apa yg aku rasa minggu ini sekiranya duduk di tempat aku.. Sebenarnya ini lah detik² kemuncak yg semua mahasiswa dan mahasiswi yg berada di perantauan wajib akan lalui dan rasai.. Hari ini 5/8/08 tepat jam 3.30ptg aku dapat berita yg keputusan peperiksaanku telah pun kluar..sebenarnya kami semua dapat info mengatakan dlm minggu ini tp tak tahu bila..rupa²nya hari ini..

Selepas mendapat berita itu aku pun lantas menelefon temanku untuk melihat keputusanku juga.. kerna waktu tu wajahku masih lagi comel sbb baru mangun tido kan..jadi x dapat nk nk terus pegi kuliyah..keh keh.. kebetulan waktu itu beliau baru sampai ke kuliyah.. tuuutt tutttt...tuttt tuuttt.. panggilanku berjawab "assalamualaikum..wei..ang dok mana? aku dengaq kata natijah(result) dah kuaq betoi ka?? "kataku "wslm..aku dok kuliyah ni baru sampai.."temanku membalas "ang tolong tengok natijah aku sat.."kataku.. "bapa no matrik ang?? temanku membalas.. "1342 nombot aku.."kataku.. aku pun menunggu reaksi seterusnya dr temanku ketika itu.. dalam hati kecilku ini Ya Allah..hanya Dia sahajalah yg mengetahui betapa kencangnya jantungku berdenyut...hampir gugur jantungku rasanya.. "angggggggg kantoi satu madah(subjek) Qawaid fiqh sbb ang tak hadir sem lepas.. pastu..satu lagiiii.. madah Qadaya Muasairah.."katanya... aku pun apa lagi.. sedekit senyuman terukir..tp hati masih lagi ragu²..betulkah??ker dia tengok org lain..?? huhuhuh... aku pun suh dia tengok sekali lagi.. "ang ang ang tengok lain nama aku..betoi ka nama aku tu..nombot aku sama tak??"kataku dengan gugup..dia pun memberikan jawapan yg sama juga.. Sengeh sampai tinga lah aku..uhuk huk huk..

Alhamdulillah...walaupun gagal 2 subjek tp ckup beharga bg ku kerna.... sekiranya gagal 3 subjek.. mmg kompom aku akan ngulang setahun lagi..setahun ya.. bkn satu sem... itu yg membuatkan aku berdebar kerna ini lah masa depanku... Semuanya terletak pada natijah ku ni... Alhamdulillah aku bersyukur kepadamu... dan 2 subjek ni aku akan periksa sekali lagi awal bln 9 ni...dan ini lah peluang terakhir buatku.. Aku berharap dan terus berharap moga kalian semua teman²ku jgn lupa doakan untuk aku ya..=) Lepas habis exam bln 9 ni..yehaaaaaaaa... tak mahu tunggu lama² dah..nk peking barang..balik Malaya jumpa ank bini..hooreyyy....=) opss.. excited pulok..ahak hak hak..

:laugh:

glitter-graphics.com

Buat Insan Yang Bergelar Mahasiswa Dan Mahasiswi

Dua tempat yang jauh terpisah
Terpisah oleh kemahuan yang ghairah
Bertemu di sini amatlah berfaedah
Terikat persaudaraan dan hilang gundah

Berdendang, bermain dan bergurauan
Mengunjuk beri, berpegangan tangan
Di bulan mengambang terkeluar sindiran
Berjenaka, bersuka, bertepuk tamparan

Gelak ketawa mengikat keluarga
Duduk aman amatlah mesra
Setelah bertahun rasanya seketika
Segan dan silu tak lagi ada

Dalam bermesra di sini kalian
Kehendak Tuhan menutup pertemuan
Dua bersaudara membuat perpisahan
Merahlah mata mereka bertangisan

Airmata tak di sini dibuang
Sapu ke tuala bawalah pulang
Berguna buat azimat berjuang
Atau senjata nak pergi berperang