ASSALAMUALAIKUM DAN AHLAN WASAHLAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG.

Assalamualaikum w.b.t

:: Ehem ehem!! Baru tinggal 6 hari dah banjir rupanya Blog aku nih. kah kah kah. Baru test saja pun.. adeh la. Baru lah aku tahu rupanya ramai juga yang merindui aku eh. ahak hak. Aku bukannya mahu meninggalkan dunia. Bukan mahu pergi berperang. Bukan mahu berkahwin lagi. Cuma mahu pulang ke tanahair sahaja. Aku sangat terharu dengan kesedihan kalian. Ehem.. tapi taipan-taipan aku itu semua ikhlas tahu. Bukannya nasihat yang direka-reka atau diciplak-ciplak. Ianya datang dari hati kecilku sendiri tahu.

:: Perjalananku menaiki kapal terbang cap EGYPT AIR mengambil masa lebih kurang 9 jam + transit 1 jam di Mumbai = 10 jam. Aku cuma sedar waktu makan sahaja di atas flight. Bakinya yang lain aku dibuai mimpi. Opss!! kantoi tak berpuasa. Ya. Memang aku tak berpuasa kerana makanan di atas sana enak-enak belaka.hahaha. Oit..musafir ada rukhsah la.=P Tiba di KLIA 17/9/08 pukul 10.30 malam. Setelah penat berjalan meredah kedai-kedai di KLIA baru lah sampai di pintu keluar. Sambil menjenguk-jenguk mencari aweks-aweks yang cun-cun.. Erkkk.. bukan lah!! mencari kawan karibku.

:: Teman semenjak aku berumur 12 tahun sampai sekarang masih lagi akrab dan rapat. Mohd Ilyas namanya. Seorang guru. Sudah berkahwin. Ada seorang anak dan masih kacak(aku lebih sikit kacaknya eh =P). Setelah menunggu hampir 10 minit barulah aku melihat wajahnya tersenyum sambil memandang aku seperti jatuh cinta kali pertama.. kah kah kah. Kami berpelukan + cium ala-ala arab gitu dan terus menaiki kereta pulang ke rumahnya. Terasa macam mahu mamandu + buat drift pula ketika itu. Tapi terpaksa batalkan niat murni aku itu kerna isteri + anaknya + seorang wanita muda ada bersama.. ehem

:: Esok paginya aku pulang ke kampung halamanku dipandu oleh 2 orang pemandu setiaku. Kemas, bersih, disiplin pemandu-pemandu aku itu. Tapi yang aku paling suka mereka memandu sangat laju. Aku sangat-sangat-sangat-sangat suka. Kenderaanku cap Transnasional. Tujuh jam juga perjalanan ke kampung halamanku. Sama juga, aku asyik dibuai mimpi. Mungkin keletihan yang amat atau peredaran masa yang mendadak kot(ayat kaber ni beb!!)hahaha.

:: Yang pastinya aku dapat makan durian, cempedak, rambutan, murtabak, popia goreng, tengok rakyat Malaya, pergi bazar Ramadhan, tengok anakku + isteriku. Eheeem!! =)

Jom mahu tido sebentar.. adeh deh deh.. tido lagi..=)

Chiow!!

Assalamualaikum w.b.t

:: Ehem.. sewaktu kalian membaca coretan aku kali ini mungkin aku sudah berada di dalam kapal terbang atau mungkin aku telah berada di Airport sedang berpelukan dengan sahabat-sahabat aku atau mungkin juga aku sudah berada di Malaya. Apa-apa pun aku ingin ucapkan terima kasih kepada kalian kerana sudi mengambil aku sebagai teman kalian. Tidak kira lah teman sekampung dengan aku di Mesir atau teman di Forum Jom Layan atau teman di Scumz Torrent dan dari apa lubang cerok pelosok dunia sekalipun aku mengenali kalian. Terima Kasih!!. Walaupun aku tidak cukup sempurna buat kalian. Maafkan aku!! Tetapi aku cukup gembira mengenali kalian. =)

:: Buat ehlibet (teman serumah) aku jangan lupa doakan kepulangan aku nanti selamat sampai ya. Jangan lupa juga kejayaan aku di dunia mahupun Akhirat sana. Teruskan perjuangan kalian.

:: Buat teman yang mengenali aku. Selamat merindui aku.. Kalau rindu-rindukan aku jangan lupa beli tisu dulu ya.hahaha=)

:: Buat Haryanisss... Kita selalu meroyan-royan, berkutuk-kutukan tahap dugung nak beranak, berpeleseran walaupun seketika. Namun cukup bermakna. Saya sangat suka.=) Jangan lupa doakan kejayaan saya ya. Kalau umur kita panjang pasti akan berjumpa lagi ya. oit.. jangan sedih-sedih la.=P

:: Buat chie.. teruskan dengan penulisan kamu. Kalau ada masa pasti tok akan menjenguk blog chie tu =) jangan sedey-sedey juga ya. Kalau ada apa-apa pasal blog jangan lupa tanya kepada abe max yo.=P. Doa saja yang tok perlukan dari chie.=) Kuatkan semangat dan tabahkan hati tu. Jangan nakal-nakal. umur panjang pun pasti kita akan ketemu lagi.=)

Okes.. mahu chow dulu. Aku pun tak pasti lagi bila akan aku mengupdate lagi blogku ini. Tapi yang pastinya kalau aku ada masa yang terluang aku akan mengupdate juga. Cumanya bila masih lagi tidak aku ketahui.

~~~Selamat Merindui Aku~~~
Dato G

Chiow!!

Assalamualaikum w.b.t

Ya. Ini adalah hadiah pertama yang aku dapat semenjak blogku sudah menjadi tatapan seluruh dunia. Eeeeee frasan betul lah!! Kenapa? tidak percaya? Silalah percaya. ahak hak hak. Hadiah ini aku dapat dari seorang teman Forum Jom Layan . Tempe gerangannya. Terima kasih kepada temanku itu yang sudi juga berikan aku hadiah ini. Aku sangat terharu. Katanya hadiah ini diberikan kepada aku juga kerana aku sangat kacak.ahak hak hak. Tiada lah!! Walaupun dia jarang masuk blog aku tetapi sudi juga dia berikan kepadaku hadiah ini. huhuhu. Terima ksih banyak-banyak Tempe. Jasamu akan ku kenang..wakakaka.=P Nak tahu apakah hadiahnya?? ehem ehem ehem




Cantik tak?? cantik kan.. hahaha.. Cantik juga eh blog ku nih.. terriak lah pulak...koh koh koh. =)

Hadiah ini pula aku nk kasi dekat orang lain.. Sudah menjadi kebiasaan bila kita dapat kita kenalah bagi kepada orang lain pula kan. Tapi aku rasa macam tidak mahu kasi kat org lah hadiah nih.. hahaha.. Tamak tak aku?? Ya. aku memang seorang yang tamak. ahak hak hak. Okeh!! ini dia aku nk kasi dekat orang lain pula...


1) Eisraa (aku suka penulisan dan kesengalannya)
2)
Cik Choki (aku suka background blognya)
3)
Kacipo (makin maju blognye. Hadiah ni untuk nak kasi dia semangat lagi memblog)
4)
Max (Banyak tolong aku dlm pemblogkan nih. TQ )
5)
Yanie (Blog ni mmg meriah giler. huhuhu )


:: Aku dah kasikan hadiah-hadiah tu semua. Jangan bilang aku kedekut pula eh. Piap jari tu nanti. ahak hak hak.

:: Okeh dan untuk Tempe aku ucapkan jutaan terima kasih dekat ngko. Ingat jugak dekat aku eh. Walaupun aku jarang jenguk blog ngko dan ngko pun jarang jenguk blog aku.. ahak hak hak. Termalu pulak kadang-kadang tp tak apa lah. Terima kasih ya. Ini untuk Tempe =)



Terima Kasih Banyak-banyak. =)

Chiow!!





Assalamualaikum w.b.t

:: Tamat sudah keserabutan + kepeningan + kekejangan + kemalasan + kelaparan + kehausan + ke ke ke ke ke aku selama ini. Aku baru saja selesai menduduki peperiksaan semalam. Merdeka lah beb. Rasa macam nak pergi main mendaki-daki di Gunung Everest pula. Kalau bukan Everest Gunung Kota Kinabalu pun tidak mengapa. Ada jugak saljinya walaupun sedikit. ehem.

Aku tidak suka semalam. Hari semalam. Tarikh semalam. Susah juga rupanya soalan peperiksaan aku, tapi tidak mengapalah. Yang sudah lepas-lepas itu bukan boleh nak berpatah balik kan. Simpan, tanam, kunci kejap-kejap dalam hati nih. Yang penting moga bulan Ramadhan Elkareem ni akan menjadi satu keajaiban untuk aku. ehem ehem. =)

:: Hari ini!! Aku bangun lewat. Tidur mati cap tempoyak basi. Sampai panggilan rindu(misscall) berjabu-jabu + belambak + banyak-banyak sangat (4 miscall je pun) aku masih lagi tidak meyedarkan diri. atau adakah aku saja-saja buat tidak bangun?? Haippp!! banyak lah buat-buat. Tidur jenis kalau letak bom tepi telinga pun tak sedar padan lah. hahahaha.

Sebenarnya ada planning nak pergi jalan-jalan beli barang di Kaherah tapi terpaksa dibatalkan kerana tidur mati tidur mati tidur mati aku!! Geram pula aku dengan tidur aku. Eeeee!!! Hari sabtu ni pula lah rasanya mahu pergi jalan-jalan pula. Letih bangat mahu pergi. Rasa macam mahu tidur lagi. Okeh. =)

Chiow!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. Hari ini telah masuk Hari ke-8 kita berpuasa. Seronok sangat bila tiba bulan berpuasa ni. Banyak faedahnya dengan berpuasa ini. Dapat merehatkan mesin-mesin pemprosesan makanan dalam perut kita ini. Mahu tidaknya selama setahun mesin-mesin tidak pernah mengeluh + mogok untuk tidak mahu bekerja. Ia tetap patuh untuk memproses apa sahaja yang sampai kepadanya. Hebat kan ciptaan Allah. Faedah-faedah lain jugak dapat kita katakn yang ia boleh menjimatkan kos perbelanjaan bulanan kita. Dapat juga menguruskan pembesaran tubuh badan kita atau lebih mudahnya diet. Tapi niatnya biar betul ya!! kerana Allah Taala tahu. Bukan kerana mahu diet atau sebgainya. Haiiipppp, aku bukan hendak menerangkan semua-semua ini tapi aku mahu tunjuk menu masakan aku untuk hari ini.. hahahaha






Kari Ayam Mamak. Nampak macam sedap kan!! Memang sedap pun kalau aku masak. hahaha.
Bukan riak bulan puasa ini tapi memang sedap..ahak hak hak





Air asam budu..muahaha.. sedap wooo... cicah dgn sayur Girgil + tomato. Air asam itu dibuat oleh uncle.. Aku memaksanya suruh buatkan..hahaha. Kena buli sekejap!!



Balance pajeri terung berbuka kemarin ada lagi lah.. ahak hak hak






Tidak lupa juga buah kurma made in Egypt. Kurma made in Saudi sudah pun habis dimakan. ehem


Nasi ini kalau nk diikutkan tidak mahu aku letakkan bersama tetapi untuk memberi keyakinan + bukti yang nasi aku tidak hangit hari ini aku letakkan juga.. Kalau tidak mahu kena kutuk lagi oleh teman di kampung ulu mansurah sana. ehem ehem =)


Selesai lah sudah menu masakan dari aku untuk hari ini... Hari-hari yang lain tidak tahu lagi mahu masak apa. Kalau mahu tahu nantikan lah episod seterusnya dari aku ya. ahak hak hak..

chiow!!


Assalamualaikum w.b.t

Ramai orang cakap aku muncit + gemuk.. Kadang-kadang ada pula yang kata kurus.. Iskk.. aku pun tidak tahu mana satu yang aku nak dengar ni.. Kalau dulu memang aku tidak nafikan badan aku memang susah sangat nak naik.. Aku sangat suka bila badan aku naik tp aku tak suka kalau aku gemuk.. huk huk huk.. Okeh..jom kita skodeng-skodeng gambar aku 2,3 tahun yang lalu ya.. =)


Ini gambar setelah setahun aku berada di Egypt.. Kurus tak aku..?? =) Ni masuk kali ke-4 aku singgah rumah Firaun (Pyramid).




Ini gambar setahun setengah selepas aku berada di Tanta, Teman-temanku dari kampung Mansurah datang melawatku sambil main jalan-jalan di bandar kecil Tanta. =)




Ini gambar dua tahun aku di Egypt, Kami bersiap-siap mahu berangkat ke Matruh dan Siwa. Naik sikit tak badan aku? ehem..oh!! Isteriku baru sahaja pulang dua minggu waktu ini. Aku bergelar B.U.J.A.N.G sebentar.. Baru 6 bulan kami berkahwin ketika ini..=)



Tadaaa... Ni gambar aku baru datang dari Malaya. Bulan 3 baru-baru ni. Gemuk tak?? ahak hak hak. Ini lah rupa aku.. Aku sangat kecewa dengan elbait (teman serumah) aku waktu aku sampai di airport hari tu. Mereka boleh tidak kenal aku.. aku punya lah sengeh dekat derang tapi derang tak perasan aku.. Jenuh aku jerkah baru perasan.. Sampai-sampai depan aku buat heran boleh..derang kata ingatkan anak hindu mana tadi.. ampesssss 3 darab 15 betul lah derang nih.. yer la.. aku balik cari rezeki redah hujan panas mahu tak macam anak hindu..hahaha




Ini pula gambar yang terbaru aku rasakan.. Serabai pulak.. Tiada sudah gambar yang cantik. Ini saja gambar yang ada.. Tukang ambil gambar pun aku rasa boleh la dikatakan profesional juga. Sebab nampak aku macam handsome pulak..ehem=)

Komen ya..adakah aku ini gemuk...atau kurus atau sebaliknya..?? Sekiranya anda komen yang boleh membuatkan hatiku gembira nantikan duit raya dariku.. hahahaha =)

chiow!!

Assalamualaikum w.b.t

Tepat jam 6.11 minit petang di tempat aku (Tanta) dan pukul 12.11 tengah malam di Malaya, 'Private Number' tertera di skrin telefon bimbitku. Aku memang sudah pasti dan yakin siapakah yang sedang menelefon aku. Isteriku!! aku pun memicit butang hijau tanda bersedia untuk menjawab panggilan telefon itu. Kami pun berborak hampir 5 minit dan panggilan terputus.. tut tut tut. Habis kredit gamaknya. hahaha. Kami bertanya khabar, tidak sihat isteriku dan anak rupanya. Mengalami selsema dan batuk-batuk kecil. Kerinduan dekat aku rasanya. ehem ehem.

Aku pun mula membuka buku dan cuba menghafal apa yang perlu. Tiba-tiba tepat jam 12 waktu di tempat aku (Tanta) reminder di telefon bimbitku berbunyi. Tertera Birthday Sayang.. Ya Allah!!! macam mana aku boleh lupa yang hari ini Hari Kelahiran Isteriku. Memang lembab betul lah aku ni. Sebenarnya aku mengalami masalah lupa hari dan tarikh dah berkurun-kurun dari zaman pemerintahan Jepun lagi rasanya. hahaha. Memang aku betul-betul tidak ingat. Aku pun lantas mengarang mesej untuk diucapkan kepada isteriku. Akibat terlampau kalut sebab kelewatan aku nak wish dekat isteriku, mesej aku tersalah hantar kepada temanku. Delevered!! Nah!! Malu besar beb!! ha ha ha. Harap-harap dia buat-buat tak nampak aja.. kah kah kah.

Selepas dua minit selesai memberi mesej kepada isteriku, aku pun menerima panggilan misteri lagi. 'Private Number'. Wajib isteriku lagi. Oh!! Isteriku selalu call bukan kerana dia terlalu banyak duit ya. Kerana nombor aku tidak dapat menerima mesej dari Malaya sejak aku tukar nombor baru +2019250****. Mungkin masalah server di Malaya tidak dapat membaca dengan betul atau masalah yang lain.. Aku pun tidak pasti apakah sebabnya. Okeh sambung sikit lagi!! Baru lah aku tahu yang petang tadi isteriku telefon itu rupanya nak mengaharapkan aku ucap Selamat Hari Lahir lah. Malangnya aku terlupa waktu itu. Memang kantoi betul. Nasib baik isteriku tidak merajuk. Kalau tidak mahu mengarang ayat Romantik + Jiwang + Tangkap lentok + Sempoi + apa-apa lagi lah ayat untuk memujuk. kah kah kah.

Lega rasanya selepas dapat panggilan misteri itu tadi. =) Yang pastinya hadiah Hari Lahir sudahpun aku beli cumanya kelewatan sedikit sampai ke tangan isteriku. ehem.. =)

Chiow!!

Assalamualaikum w.b.t

Tabiat merokok di kalangan Manusia kini sangat berleluasa. Di Negera aku menetap sekarang (Egypt) dianggarkan hampir 70% daripada rakyat jelata yg merokok.. di Malaysia pula kalau tidak salah aku hampir 63% penduduk di Malaysia merokok. Tidak kira lelaki dewasa, perempuan dewasa, remaja lelaki dan remaja perempuan semuanya menunjukkan minat untuk merokok. Menurut kajian yang telah dilakukan sebatang rokok boleh memendekkan nyawanya selama 5 minit. Bayangkan sekiranya sehari 20 batang rokok darab 30 hari darab 12 bulan darab 30 tahun merokok = 780 000 minit. Anda cubalah kira sendiri berapa hari nyawa perokok akan berkurang.. Aku tidak kira kerana aku tidak mempunyai kalkulator bersama-sama aku.. ehem. Ini hanya kajian semata-mata tp ketentuan semuanya datang dari Allah Taala yang Maha berkuasa dan mengetahui tiap-tiap sesuatu perkara.

Ini lah rupa rokok di negara aku sedang bermastautin ketika ini. Gambar seorang lelaki yang tenat akibat merokok pada kotak rokok itu baru sahaja dilabelkan dua bulan yang lalu. Isk isk isk.. kotak rokok siapalah ini..???



SubhanAllah!!! Berkatun-katun rokok Jenama Richman Buatan U.S.A yang ditinggalkan sahabat-sahabat lama aku di sini masih lagi menjadi tatapan kami semua ehlibet (teman serumah) untuk membenci kepada rokok. Belia Anti Merokok!! ahak hak hak..


p/s: Sayangilah diri anda!! dan sayangilah orang yang berada di sekeliling anda!!

chiow!!

Jeng Jeng Jeng...!! Alhamdulillah.. akhirnya umur aku dipanjangkan juga oleh Allah s.w.t... Sempat lagi aku berpuasa hari yang ke tiga ini.. Kalau sebut pasal berpuasa mestilah kita nk tahu kan apakah menu kita untuk berbuka.. Isk Isk Isk.. malu pulak aku nk cerita menu masakan aku ari ini.. keh keh keh (sambil kaki rapat dan tangan menggaru rambut yg memang tidak gatal di sebabkan oleh tiada kutu mahu pun anai-anai bersarang di kepala aku ini ya!!) =) Sebenarnya aku merancang untuk memasak kari ayam + sayur paprik tetapi setelah hampir 10 minit termenung di dapur selepas bergaduh sepak terajang + main tarik-tarik rambut dengan elibet (teman serumahku) baru lah terlintas idea untuk memasak sup daging..ehem..


Cara-cara memasak yang betul Oleh Chef Dato G.. Lihat dengan Hati-hati ya!!

Nama Masakan : Sup Daging Kedah Asli Kaww!!

Cara-cara memasakan:

1. Panaskan periuk anda.. tak kiralah periuk besar mana pun cumanya jangan periuk yang bocor sudah la.. masukkan minyak panas sedikit..Masukkan bawang besar + bawang putih 2 ulas. Opss!! jgn lupa buka api ya.. kalau tidak sampai mati pun memang tidak akan masak sup anda itu.
2. Masukkan kulit kayu manis + bom-bom halus (aku tak tahu namanya) bersama waktu tumis itu. Bila agak-agak dah berbau wangi dan jangan sampai hangit sangat bawang-bawang itu masukkan pula air sesedap rasa.
3. Kemudian masukkan pula daging yang telah siap dipotong ke dalam periuk tadi + sedikit halia + serbuk lada hitam(jangan letak untuk orang yang mengalami masalah buasir) + daun sup + perencah sup + ubi.
4. Tutup periuk sekiranya mahu cepat masak dan apabila sudah mendidih masukkan pula garam + sedikit ajinaikmoto secukup rasa. Macam aku tadi aku letak tiga camca sudu kecil. Nak rasa pun puasa. Tapi Alhamdullillah la sebabnya bila dah berbuka memang cunn malacunn lah rasa masin sup aku itu.. =)



Ini rupa sup aku bila sudah mendidih.. Huduh tak?? nampak macam huduh tapi rasanya memang sangat sedap.. Kalau tidak percaya nanti datanglah ke rumah aku. Aku boleh masakkan untuk kamu semua.. Itu pun kalau sempat.. hahaha.


Inilah Air Asam: bawang + tomato + cabai hijau + air sedikit + kunyit yang telah digoreng dan juga garam sesedap rasa.





Buah Balah (kurma) + buah tin. Inilah makanan pertama sekali yang aku tatap dan aku makan (nak amik pahala free) waktu berbuka tadi selepas mendengar suara azan maghrib di corong-corong tingkap di bilik aku.

Ini lah dia tiga menu masakan special ikhlas dari aku di Mesir..hahaha. Kalau kamu semua nak cuba boleh lah gunakan kaedah dan resepi aku ini.. memang sangat mudah dan simple. =)

Aku disulami oleh air teh panas. amacam..? mudah tak masakan aku kali ini..?? best tau dan memang sangat mudah..=) Selamat mencuba

Chiow!!

Alhamdulillah.. Aku sudah pun menjamah hidangan bersahur barlaukkan masak Dalca Ayam + ayam goreng. Sambil menanti azan subuh berkumandang aku beristirehat di depan pisi.. Sedang asyiknya aku melayan perutku yang agak-agak kekeyangan seperti ular sawa membaham seokor lembu agaknya, aku di panah oleh temanku di Yahoo Messenger. Dia memberikan satu link blog seorg sahabat yang aku sendiri tidak tahu dari mana asal usulnya saudara itu. Temanku mengadu kesedihan selepas membaca blog saudara tersebut. Aku pun lantas menekan link tersebut dgn satu klik dr tetikus jenis Sony yang aku beli dengan harga LE30.. =)

Terpapar blognya di hadapanku.. Aku lantas membaca isinya.. Oh.rupa-rupanya dia menceritakan tentang kehidupannya. Kehidupannya boleh juga dikatakan agak susah dari aku yang bekeluarga sederhana ini. Satu persatu mataku mencari di manakah sudut-sudut yang sedih itu.. Terjumpa!! Dia menceritakan tentang pakaiannya yang tidak pernah berbaju baru..Pakaian yang dia pakai sudah hampir empat tahun lamanya.. Tidak pernah bernah bertukar baju baru seperti teman-temannya yang lain.. Sudah lusuh namun tetap memakainya kerana hanya itu sahaja yang dia miliki.. Kasutnya pula hanya ada dua pasang. Sudah koyak rabak seperti terkena serpihan Bom.. Jari jemari kakinya ibarat lidah seekor anjing yang kehausan. Pernah makan nasi bersama keluarganya berlaukan taugeh sahaja.. Subhanallah.. Ada lagi keluarga yang susah dari aku kata hati kecilku..

Selalu diejek oleh temannya-temannya yang lain namun dia tetap bersabar.. Tidak pernah merengek dengan keluarganya, tentang kesusahan yang sedang di alami olehnya dan keluarga. Malu Sedih Pasrah memang sudah masak pada dirinya. Namun niatnya untuk merubah nasib keluarganya sangat begitu tinggi. Kerna dia berpegang teguh pada hadis "Sesungguhnya Allah itu tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang merubahnya."

Motif : janganlah terlalu membazir dengan apa yang kita ada.. Rajin-rajin lah bersedekah. Tambah pula sekarang bulan yang mulia.. Tangan yang di atas itu lebih mulia dari tangan yang menerima.. Belajar-belajarlah supaya kita berada di tempat tangan yang di atas itu.. walaupun sedikit tapi banyak ganjarannya sekiranya ikhlas.

Nabi sendiri pun dulu pernah bersedekah sehingga habis langsung wangnya.. sedangkan wangnya ketika itu tidaklah banyak pun, tapi dengan sifat mulianya.. dia tetap menghulurkan bantuan kepada orang lain.. Kalau kita.. hanya ada 2 atau 3 ringgit sahaja di dalam kocek.. mahukah kita menderma semuanya?? Ingatlah.. satu kita sedekah sepuluh kali ganda Allah berikan pulangan kepada kita.. jikalau RM100 kita sedekah sudah tentunya RM1000 kita akan dapat.. Jadi.. Marilah sama-sama kita meringankan tangan kita ini ya.
chiow!! =))


glitter-graphics.com