ASSALAMUALAIKUM DAN AHLAN WASAHLAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG.

Assalamualaikum w.b.t

Ehem ehem.. Attentio n Please.... Untuk pengetahuan anda semua... Hari ini adalah hari kelahiranku.. Kepada sesiapa yang bebesar hati mahu pun kecil hatinya yang sudi mahu memberikan aku hadiah yang sangat sangat sangat besar aku terima dengan hati yang terbuka dan dada yang sangat bangga.. ahak hak hak... Doakan aku umur panjang dan di murahkan rezekinya ke atas aku dan keluargaku ya. =)

Assalamualaikum w.b.t

Kalau kamu semua pernah melihat piala ini.. Cuba teka Piala apakah ini..?? Permainan apakah?? Pada tahun bilakah?? Negeri manakah yang memenanginya?? Siapakah 2 orang jejaka yang berada di belakang piala itu?? huhuhu.. Sila hantar jawapan anda selewat-lewatnya sebulan dari tarikh iklan ini. Sekian Terima Kasih.. hachuuuu =)







Peringatan sekali lagi. Piala yang besaQ kedabaQ itu ya. Bukan yang kecil itu.. =)

Assalamualaikum w.b.t





Aku rasa Naufal malu + kontrol handsome ketika mamanya mahu mengambil gambarnya. Ataupun dia sedang memikirkan masa depannya ataupun diasaja mahu menayangkan bulu ketiaknya pada mamanya atau atau atau apa lagi ya?? Silalah buat andaian kamu sendiri.. ahak hak hak

Assalamualaikum w.b.t


Ehem.. Dato g kembali lagi.. sudah hampir setengah abad rasanya daku tidak menyelongkar + buat semak dalam rumahku sendiri, kini.. terasa pula ingin membuat semak.. Fuhhh... Pengawal Keselamatan atau Security Guard atau lebih mudah dengan panggilan pak guard atau pakcik guard.. adakah anda pernah dengar??? Sudah pasti pernah kan!!! uhuk.. Ini lah kerja pertama aku selepas pulang dari Mesir 17/9/2008 baru-baru ini..


Mula dari buruh kontrak yang tidak mahir, kemudian pembaik pulih paip air di rumah, bawah tanah, tangki air, kemudian kerja di kedai roti canai (bukan tebar roti ya!! hanya potong roti dan bungkus sahaja..hahaha), kemudian kerja di Pusat Snuker, kemudian berniaga di bazar ramadhan, kemudian kerja kilang pembuat castcat kereta (sila betulkan ejaan aku) , kemudian menjadi tenaga pengajar sekejap, kemudian kerja di kilang pembuat wayar kereta proton, kemudian kerja pemasangan icon rumah, kemudian wayering, dan yang paling tidak suka sekali ialah kerja pembersihan loji kumbahan. haiiittt tuii.. dan last sekali adalah kerja pak guard yang terlatih..aiseh... banyak jugak kerja yang pernah aku buat ya.. huhuhu..


Aku, Pian dan jab diberi amanah untuk menjaga barang-barang tv3 dan tv9 sempena hari Suarasa yang diadakan di Perkarangan Stadium Darulaman baru-baru ini selama seminggu. Shif malam beb.. best giler... =)







Inilah Lori Tv3 yang di penuhi kelengkapan studio pemancar terus ke Ibu Pejabat.









Jab!! Inilah sahabat karibku sejak dari bangku persekolahan hingga ke hari ini.. Masih lagi utuh + kuat hubungan karib kami. =)








Aku !! bersama van yang tiada pemandu.. Seram... hahaha







Ini lah Cik Pian yang kuat tidur waktu bekerja. Cuba perhatikan mukanya. Gmbar ini diambil 5 minit selepas dia bangun dari tidur. kah kah kah. (jangan marah cik pian nooo)
Inilah serba sedikit semak samun yang terpaksa aku buat untuk hari ini kerana terlalu bersih sangat blog aku sejak dua menjak ini. Sekian terima kasih.. Kita akan berjumpa lagi esok hari pada waktu yang sama.. babaiiii.. chewah.. macam pengacara Tv pula. ahak hak hak =)